27 May 2012

Bukan senang nak jadi senang...

hallo kawan2 semua. Apa khabar? Tentu kawan2 tertanya sendiri napa ya saya cakap pasal tajuk ni??? Hm..... bkn apa, kita sentiasa menginginkan untuk hidup senang kan???? Tapi pernah x kita terfikir sejauh mana usaha kita dah berhasil??? Tidak kira la dalam pelajaran ke, dalam bekerja ke atau dalam apa jua perkara yang kita lakukan, pastinya kita inginkan agar hasilnya nanti berkesudahan baik dan memberikan kesenangan kepada diri kita kan??? Tapi sedar atau tidak, dalam menjalani kehidupan harian kita mungkin kita biasa menghadapi banyak rintangan kan??? Sebenarnya, itu adalah lumrah kehidupan sebelum kita berjaya mencapai matlamat hidup kita untuk menjadi senang.

Saya sengaja bercakap pasal topik ni kerana saya sendiri seorang yang sangat bercita2 tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan berubah agar saya mampu hidup senang seperti orang lain. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang saya lalui. Tetapi dengan dorongan dan motivasi yang diberikan oleh keluarga dan teman2 rapat di sekeliling saya sedikit sebanyak membantu saya merealisasikan usaha saya. Cuma tinggal sedikit lagi impian saya akan tercapai dalam masa terdekat. Harapnya kawan2 di luar sana juga dapat mencapai impian untuk hidup senang. Apa yang penting, usaha yang berterusan perlu dilakukan. Jangan sesekali berputus asa sebelum sampai waktunya ya??????

08 May 2012

salam sejahtera...
hari ni badan rasa tak sihat. Jadi terpaksa la ambil cuti sakit ( mc ) .
Nak buat cam ne?? Bkn disengajakan pun...
Punya la rasa tak selesa sbb batuk tak henti2. Harap esok lusa kesihatan kembali pulih!!!

Hari ni nak kongsi pengalaman sikit sewaktu nk 'renew' lesen kereta L saya baru2 ni. Ada ke patut setelah menunggu giliran yg ke 10 orang, bila tiba giliran saya nk renew lesen L kereta saya, staf di kaunter pejabat pos tu kata x boleh buat kerana di sistem JPJ nama saya cuma ada kelas B dan C. Kelas D tiada. Padahal saya x pernah pun ambil kelas lesen motor??? Tapi di lesen L saya tertulis kelas D sahaja utk kereta. Cam ne tu???

Terasa x berbaloi sungguh menunggu giliran kerana x dapat buat apa2 urusan pun. Staf kaunter tu minta saya ke JPJ untuk check dan kemaskini maklumat lesen saya tu. Hmm.......... X tau nk kata apa la sbb pas ni kena lak ambik cuti tahunan semata2 nk buat urusan di JPJ pula. Dalam hal ni, sapa yg patut dipersalahkan??
Bkn ke dah menyusahkan org awam jika kesilapan itu berlaku di pihak berkenaan???
Saya harap lepas ni tiada lg org lain yg menghadapi masalah seperti saya ni.....

Akhir kata, kepada pihak terlibat sentiasa la mengemas kini data anda..........
Jumpa lagi di lain waktu...!!!!

Muah......

05 May 2012

hi... i'm back

hari ni x de plan lg nk wat pe. Mungkin nk pergi bawa anak berjalan2.
Sbb bila hari biasa, bz je ngn keje. X de masa nk bawa anak keluar jalan.
Just want to share my experienced went to Pwtc on 1/5/2012.
Seronok x terkata dpt berjalan ke Pesta Buku Antarabangsa. Punya la ramai org.
Terasa pening kepala ada juga la.
Tapi x pe la, keseronokan tu yg penting!!!! Dan yg pasti tujuan kita ke sana tentulah sbb nk beli buku kan???
X kisah la apa jenis buku pun. Yg penting kita dapat manfaat daripadanya.....
Pas ni saya akan update lg blog ni.
Wat member2 di luar sana, apa pun yg anda lakukan semoga anda gembira melakukannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Muah...
hallo...........

selamat bersua kembali. Harapnya ada sesuatu yg positif akan berlaku dalam diri saya pada hari ini.Semoga kawan2 di luar sana juga akan memperolehi apa jua yang diimpikan sejak sekian lama. Kenapa saya bercakap ttg topik ini???? Kerana saya sedang berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan saya. Jadi besar la harapan saya agar apa yg sedang saya usahakan ini akan membuahkan hasil!!!!!!!!!!!!

Dah lama saya tak update blog saya ni. Bukan apa, banyak kerja yang perlu diuruskan hingga tiada masa untuk mengemas kini blog saya ini. Tapi selepas ini akan ada susulan dari saya. Semoga rakan2 yang ada sudi singgah di blog saya dan sudi berkongsi cerita terkini bersama dgn saya.

Akhir kata, selamat bercuti di hujung minggu ya????