27 May 2012

Bukan senang nak jadi senang...

hallo kawan2 semua. Apa khabar? Tentu kawan2 tertanya sendiri napa ya saya cakap pasal tajuk ni??? Hm..... bkn apa, kita sentiasa menginginkan untuk hidup senang kan???? Tapi pernah x kita terfikir sejauh mana usaha kita dah berhasil??? Tidak kira la dalam pelajaran ke, dalam bekerja ke atau dalam apa jua perkara yang kita lakukan, pastinya kita inginkan agar hasilnya nanti berkesudahan baik dan memberikan kesenangan kepada diri kita kan??? Tapi sedar atau tidak, dalam menjalani kehidupan harian kita mungkin kita biasa menghadapi banyak rintangan kan??? Sebenarnya, itu adalah lumrah kehidupan sebelum kita berjaya mencapai matlamat hidup kita untuk menjadi senang.

Saya sengaja bercakap pasal topik ni kerana saya sendiri seorang yang sangat bercita2 tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan berubah agar saya mampu hidup senang seperti orang lain. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang saya lalui. Tetapi dengan dorongan dan motivasi yang diberikan oleh keluarga dan teman2 rapat di sekeliling saya sedikit sebanyak membantu saya merealisasikan usaha saya. Cuma tinggal sedikit lagi impian saya akan tercapai dalam masa terdekat. Harapnya kawan2 di luar sana juga dapat mencapai impian untuk hidup senang. Apa yang penting, usaha yang berterusan perlu dilakukan. Jangan sesekali berputus asa sebelum sampai waktunya ya??????

No comments:

Post a Comment